Wednesday, August 17, 2011

Show' Shila Si Bencong

Jam 1 pagi tadi saya dan krew 999 di Indonesia ke Taman Lawang di Jakarta Tengah. Ketika kenderaan diberhentikan di tepi jalan, kami didekati Shila, bapok atau dipanggil 'bencong' dalam bahasa Indonesia.

"TV mana ini sayang,?," tanya Shila, mendakwa berusia 19 tahun itu.

Semua terdiam, namun 2 jurukamera meneruskan rakaman di dalam kenderaan. Saya juga mengambil peluang sama menggunakan kamera digital, Canon G9.

Shila kemudian melakukan 'cat walk' berulangkali sambil mempersembahkan 'pose' istimewa di hadapan kenderaan kami naiki. Kereta lalu-lalang di jalan sebelah tidak langsung dipedulikan malah peniaga jalanan duduk berdekatan gerai tolak mereka juga tidak dihiraukannya.


Dia juga tidak kisah visualnya dirakamkan. Maklumlah, 11 stesyen TV nasional beroperasi di Jakarta. Mungkin sebelum ini Shila pernah menjadi 'model' wartawan stesyen terbabit. Perhatikan lirik mata dan bibir Shila, cuba menggoda. Dia mendakwa melayan purata 3 pelanggan semalam sehingga jam 5 pagi.


Shila kemudian tanpa perasaan segan silu, mula menyingkap pakaiannya untuk menarik perhatian kami.


"Bayar dong, untuk beli makan. Aku bikin shownya sayang. Tetapi, ini untuk TV mana ya?," tanya Shila sekali lagi.

"Mengapa?," soal saya.

"Aku ingin nonton sayang," balasnya.

Tanpa berlengah, jurukamera, Didit Haryadi meluru keluar dari kenderaan dan merakamkan aksi seksi Shila dari jarak dekat, so friendly. Di Malaysia, melihat krew TV, bapok pasti lari bertempiaran bagai lipas kudung sehingga ada terpatah tumit kasut tinggi dipakai dan tergeliat kaki. Lihat jelingan Didit, di bawah.


Tiba-tiba Shila mendekati saya, duduk di sebelah pemandu dan melondehkan baju, mendedahkan dada.


Saya tergoda? Oh! Tidak. Tidak sedikit pun. Dia lelaki. Jika di negara kita saya tahu tiada bapok berani beraksi sebegitu di hadapan saya.

Di Jakarta, berbeza.

Adakah saya terkejut? Juga tidak. Saya pernah terlihat bapok di Lorong Haji Taib, Chow Kit Road, Kuala Lumpur, selamba keluar dari teksi, berbogel. Masakan dia menukar pakaian di dalam teksi dan kemudian terlupa baju dan seluarnya, kan?

Bapok, lelaki berperawakan perempuan. Pada masa sama, ramai antara perempuan di Malaysia berperawakan lelaki, pengkid. Itu belum lagi kita mengolah kes lelaki berpasangan dengan lelaki dan perempuan berpasangan dengan perempuan.

Justeru, tidak banyak kejadian mengejutkan saya dalam tempoh 15 tahun menjadi wartawan penyiaran.

Saya Dapat Hadiah!

Walaupun mug hitam legam, kenapa saya suka sangat? Jom buat eksperimen.

Nampak tak siapa yang mancapab tepek muka dekat mug tuuu, nampak tak, nampak tak, nampak taaaak? :D

Ni semua sebab menang Specticular Specky Contest yang lalu. Terima kasih, Kak Faraha. ;)

Mari Kita Berkenalan dengan Beberapa Blogger Hebat.

Kalau dulu aku mungkin rasa yang cuti sekolah pertengahan tahun 2009 paling awesome sebab dapat date 3 kali dengan pakwe tersayang-konon lepas tu curang pergi date dengan Akmal ikut main futsal then pergi bercuti dengan keluarga Aliff di Telok Kemang & ajak mak Aliff karaoke nyanyi lagu Zaiton Sameon ulang 3 kali tanpa jemu hehe.

Tapi sekarang dah tak. Cuti sekolah pertengahan tahun 2010 lagi awesome-errr! Abang James (Jamal) belanja makan kek Secret Recipe sebab result PMR yang bagus-konon, bayar seringgit untuk naik bas mini biru yang comel untuk ke Sunway Pyramid & jumpa dua lelaki kacak, buat surprise party untuk becoming birthday Sya, & pertama kali jumpa kawan-kawan Blogger! :D

Okay cukup. Dah macam karangan Bahasa Melayu darjah 3 tajuk Kenangan Manis Cuti Sekolah Saya. -__-'

Kitorang kenal each other melalui blog. Selama ni kitorang cuma communicate guna ym/phone je tapi ramai jugak pembaca blog kami yang ingat kitorang asal dari sekolah yang sama. Tak, kitorang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. Ini kali pertama! :')

Kita mulakan dengan blogger hebat yang paling comel, Ahmad Luqman (in black). Hehe ceh takde ah. Kita susun ikut abjad pertama nama blog masing-masing. Itu Ahmad Luqman, penulis Aku Bukan Jemsbon. Antara kami semua, aku kenal dia dulu. Ya memang tak dapat dinafikan yang dia ni kerekxxx nak mampus cuba korang baca ni ;

Baca dari bawah.

Dulu aku memang betul-betul nak berkawan dengan dia tapi lepas dia bagi respon macam tu aku terus maki hamun dalam hati cakap elehmacamlaakunakkawansangatdengankau & terus unfollow blog dia. Benda ni aku save untuk buat entri kutuk dia tapi dah lama dalam My Pictures aku pun dah lupa. Semenjak tu aku dah tak jejak blog dia & sampai la bulan September baru aku tergerak hati nak tegur dia balik.

Tak, sebenarnya dia tak kerekxxx pun tapi cara dia bercakap memang macam tu. Kalau kau dah kawan dengan dia lama-lama, kau akan tahu yang dia ni seorang kawan yang baik isk. :')


Meet the admin of Cerita Kita, Zainal Alieff (depan). Aku kenal dia dari Nuffnang. Blog dia selalu jadi top referrer blog aku & kami mula rapat bila aku menang contest ni. Contest dia agak mencabar bagi aku sebab aku memang kurang mengikuti isu-isu hiburan & terpaksa Google untuk cari jawapan peh semangat betul kau ni Dila -__-'


Blogger hebat yang ke-3, Azzam Azhar. Blog dia memang comel dengan nama Encik Roti. Aku tak pasti dia memang obses dengan roti atau apa. Sekarang ni mungkin dia tengah bergiat aktif buat koleksi roti macam buku setem.

Masa aku baru kenal dia, dia memang mencurigakan. Aku jumpa blog dia masa aku Google nama sendiri. Dia cakap pasal orang nama Dila Jamalia & aku pun fikir macam ehdianicakappasaloranglainkot lepas tu dia follow blog aku. Azzam menjadi semakin mencurigakan & aku terus follow blog dia balik untuk langkah berjaga-jaga.

Kau pergi cari sendiri entri mencurigakan tu kalau kau nak baca, & kalau Azzam belum delete.


NEXT, BLOGGER PALING TAK HEBAT ANTARA KAMI BERLIMA & ASYIK EXCITED DARI MULA SAMPAI HABIS GATHERING OMG MEMALUKAN BETUL KAU NI DILA PATUTLAH TAKDE SIAPA NAK DEKAT KAU -__-'


Yang terakhir, empunya blog Marker Hitam, Siti Nurdiana. Dia memang rok-se-tar habis & famous dengan nickname Dean. Tapi tahukah anda yang pronouns betul Dean tu Din, bukan Di-yan. Ceh tiba-tiba macam segmen tahukahanda dalam majalah Kuntum hehe.

Aku kenal dia sebab dia follower blog aku. Dia ada tanya pasal ujian kemasukan MRSM Tingkatan 4 dekat Cbox aku tapi last-last dua-dua pun tak dapat MRSM, terpaksa terus belajar di sekolah harian. AKU FRUST GILA OKAY. Dean semakin menarik perhatian aku bila dia selalu tinggalkan mesej-mesej manja di Cbox Ahmad Luqman, cis. Haha.


Ahmad Luqman, Siti Nurdiana, Azzam Azhar, Dielargh Jhameleyarghwxbgww & Zainal Alieff. Diorang memang best walaupun sedikit kaku bila bejumpa sampai duduk sebelah-sebelah pun perlu SMS "weh kita tengok movie dulu ke makan dulu?" untuk berkomunikasi. Adoi.

Cerita Tragis Saya

Kehidupan semakin hari semakin teruk dengan ketiadaan Kenn. Tak, Kenn bukan boipren baru mahupun scandal saya tetapi Kenn merupakan seketul telefon bimbit. Saya memang suka bagi nama kepada objek jadi jangan gelak.

Selain memberi nama kepada telefon bimbit, saya juga memberi nama kepada favourite stuff saya iaitu hanger. Ya, penyangkut baju dalam Bahasa Melayu.

Mereka datang dalam bentuk sepasang. Yang ini Salleh (bukan cikgu Salleh).


Dan ini Yaakob.

Saya memang sayang Salleh Yaakob sangat-sangat sampai terasa macam nak letak diorang dalam frame sebelah katil dan cium muah muah sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Aww kami memang sweeeeeet couple kan kan kan? :')

OKAY DAH. INI MAIN-MAIN JE. KAU JANGAN EJEK AKU SUKA SALLEH YAAKOB DEKAT SEKOLAH.




Latihan pusat PKBM was extreamely cool-lah-sangat. Kalau Dila Jamalia dulu ada rupa macam amoi jual tempe tepi jalan, Dila Jamalia sekarang mungkin boleh disamakan dengan mangsa kebakaran kilang kelapa sawit belakang rumah. Ceh bajet ah rupa kau nak disamakan dengan amoi peh tak sedar diri betul kan. Hehe :p

Mari kita lihat beberapa gambar poyo Dielargh Jhameliyarghxwzbnmxx.

Saya tahu muka saya memang semangat gila hentak kaki macam along $$$ nak belasah orang.

Kepoyoan hehe. Tak, yang ni tak cukup poyo. Scroll bawah.

MUKA PERAJURIT-NEGARA-KONON TABIK HORMAT PUN TAK BETUL TANGAN BENGKOK NGAH HAH HAH.

Okay dah. Saya tahu gambar saya memang handsome belaka tapi mari kita balik kepada cerita Kenn. Kenn dah tak boleh hidup lepas latihan menembak. Mungkin sebab saya eksaited sangat dah habis menembak terus berlari bekejaran mintak handphone dekat Abang Mushroom dan terus melompat-lompat bawah khemah berebut nak minum kopi panas lalu ..

PLUP.

Senyap.




KENN JATUH DALAM AIR KOPI AKU.

Aku pun gelabah nak bukak batery sebab abang cakap kalau phone masuk air cepat-cepat bukak batery dan lagi pun saya memang dah lalui benda macam ni banyak kali. Handphone yang pertama masuk mesin basuh dan berputar selama 10 minit, handphone kedua jatuh dalam susu Coco Crunch sebelum pergi sekolah dan Kenn pula jatuh dalam kopi pekat buatan makcik kantin pipi tembam yang comel.

Sekian, terima kasih. Begitulah cerita tragis saya. *pep* *pep* *pep* (bunyi tepuk tangan)

Zaman gemuk kedempol, tendang masuk gol, Halim kena rogol. Eh tak.

Introduce you, Kenn. Seketul handphone Sony Ericsson W580i Metro Pink yang boleh kira steps setiap hari dan tukar lagu bila digoncang. Cool kan kan kan? Okay dah. Handphone lapuk tak patut dibangga-banggakan lagi-lagi bila button # dah tercabut dan tak boleh nak tekan space bila tulis message.